Monday, 9 July 2012

Petua Membuat & Membakar Kek oleh Chef Wan

Sedang mencari2 resepi dlm buku resepi peninggalan mak cikizz, cikizz ternampak 1 artikel yg arwah mak cikizz tampal kat buku ni. Rasanya, eloklah kita berkongsi bersama2 artikel ni. Artikel ni ditulis oleh chef wan  waktu muda2 dulu. hensem rupanya chef wan ni waktu muda dulu ye. heeee.....



Petua2 membuat & membakar kek oleh Chef Wan

  1. Semua bhn membuat kek haruslah pd suhu bilik
  2. Setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Tambah2 ketuhar yg dah lama. Jadi byk2lah bereksperimen utk memahami kerenah ketuhar anda. Jika membakar lebih drpd 1 kek didlm ketuhar, hendaklah dialihkan kedudukannya supaya ia masak dgn sempurna.
  3. Bila membakar kek, letakkan di tengah-tengah ketuhar melainkan resepi menyatakan sebaliknya.
  4. Ketuhar hendaklah dipanaskan selama 15-20 minit sebelum kek dibakar.
  5. Jangan memukul adunan terlalu lama. Apabila memasukkan tepung kedalam adunan mentega, adunkan tepung sehingga sebati shj.
  6. Utk mendapatkan kek yg ringan & gebu, telur hendaklah dipukul sehingga pekat & berkrim
  7. Penting utk diingatkan, mentega mestilah pada suhu bilik. Kalo x, anda x kan mendapat kek yg ringan & gebu.
  8. Utk memastikan kek sudah masak, gunakan kayu/lidi yg dicucukkan ditengah2 kek & pastikan ianya bersih apabila ditarik keluar. Pastikan juga bhg tepi kek x melekat pd acuan & bila ditekan, kek terasa gebu.
  9. Apabila kek sedang dibakar, jangan membuka pintu ketuhar sebelum 3/4 masa membakar (dlm 30 minit ) kerana angin yg berlainan suhu akan membuatkan kek mendap ditengahnya.
  10. Kalo kek anda menguning dgn cepat, tutup bhg atas kek dgn kertas minyak pd penghujung waktu membakar.

Credit to: Chef Wan

Sunday, 8 July 2012

Biskut Butter ala Almond

Haaa.. xlama lg nk msuk bulan Ramadhan, pastu Raya. sebab tu lah cikizz post resepi biskut kali ni.
Biskut ni rasa mcm mana ye? Biskut ni rasa lemak butter.sedapp...tp guna buttercup lah, baru umphh.. pastu, dia ada rasa2 rangup sket, ditambah dgn bau badam. perghh..mmg biskut faveret dlm famili kami ni. xcaye? cubalah...



RESEPI

Bahan2 :

6 oz mentega (sebaiknya guna Buttercup)
3.5 oz gula halus
1 biji telur kuning
7 oz tepung gandum
2 oz tepung jagung
1/2 sudu kecil baking powder
Badam (dipotong nipis, sbg hiasan)

Cara2:

  1. Putar gula dgn mentega sampai kembang (sampai adunan bewarna hampir2 keputihan)
  2. Masukkan merah telur & putar lagi
  3. Masukkan adunan tepung gandum, tepung jagung & baking powder. Putar sampai sebati
  4. Tekan adunan menggunakan acuan yg sesuai & hias dgn hirisan badam diatasnya 
  5. Bakar pd suhu 180 celcius selama 20 minit. (ni semua terpulang pada oven masing2. tp agak2 bila biskut dah nmpak kekuningan, dah boleh angkat. cikizz suka kalo biskut ni dh nmpak nk koko sket, sebb biskut akan jd lebih rangup.ikot selera masing2 lah ye..)
(*Note: utk adunan biskut, xperlu lah putar lama2, cukup ala kadar. Kalo nk lama pon, part gula dgn mentega je, pastu part yg lain cukup sekadar sampai sebati.  Kalo x, nnt dia kembang.)

FYI, cikizz suka guna acuan ni sebb nmpak menarik & biskut terasa lebih rangup.tp terpulang kpd reader nk guna acuan ape pon, yang penting, siap & boleh dimakan. weeee~


Pendahuluan kata

0whhh..tajuk dlm english..tp entry cikizz dlm bhs melayu. saje buat tajuk english, baru nmpak cool. "I sound silly when I speak in malay"-quote drpd sh amani.

Dlm blog ni, cikizz akan byk post pasal makanan sebab cikizz suka sgt mkn.heee.. kebanyakan resepi adalah resepi yg dah di try oleh cikizz. I'Allah, cikizz akan try post resepi2 terbaik yg cikizz pernah cuba. Mungkin cikizz akan selit2 sket pasal khasiat2 makanan & kecantikan sebab cikizz suka baca buku pasal benda alah ni. So, mgkin boleh kongsi serba sedikit dgn reader skalian.

Oklah, stakat ni je intro utk kali ni. harap2, kita boleh berkongsi serba sedikit apa yg kita ada utk kebaikan bersama. amin~