Petua2 membuat & membakar kek oleh Chef Wan
- Semua bhn membuat kek haruslah pd suhu bilik
- Setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Tambah2 ketuhar yg dah lama. Jadi byk2lah bereksperimen utk memahami kerenah ketuhar anda. Jika membakar lebih drpd 1 kek didlm ketuhar, hendaklah dialihkan kedudukannya supaya ia masak dgn sempurna.
- Bila membakar kek, letakkan di tengah-tengah ketuhar melainkan resepi menyatakan sebaliknya.
- Ketuhar hendaklah dipanaskan selama 15-20 minit sebelum kek dibakar.
- Jangan memukul adunan terlalu lama. Apabila memasukkan tepung kedalam adunan mentega, adunkan tepung sehingga sebati shj.
- Utk mendapatkan kek yg ringan & gebu, telur hendaklah dipukul sehingga pekat & berkrim
- Penting utk diingatkan, mentega mestilah pada suhu bilik. Kalo x, anda x kan mendapat kek yg ringan & gebu.
- Utk memastikan kek sudah masak, gunakan kayu/lidi yg dicucukkan ditengah2 kek & pastikan ianya bersih apabila ditarik keluar. Pastikan juga bhg tepi kek x melekat pd acuan & bila ditekan, kek terasa gebu.
- Apabila kek sedang dibakar, jangan membuka pintu ketuhar sebelum 3/4 masa membakar (dlm 30 minit ) kerana angin yg berlainan suhu akan membuatkan kek mendap ditengahnya.
- Kalo kek anda menguning dgn cepat, tutup bhg atas kek dgn kertas minyak pd penghujung waktu membakar.
Credit to: Chef Wan
