Monday, 9 July 2012

Petua Membuat & Membakar Kek oleh Chef Wan

Sedang mencari2 resepi dlm buku resepi peninggalan mak cikizz, cikizz ternampak 1 artikel yg arwah mak cikizz tampal kat buku ni. Rasanya, eloklah kita berkongsi bersama2 artikel ni. Artikel ni ditulis oleh chef wan  waktu muda2 dulu. hensem rupanya chef wan ni waktu muda dulu ye. heeee.....



Petua2 membuat & membakar kek oleh Chef Wan

  1. Semua bhn membuat kek haruslah pd suhu bilik
  2. Setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Tambah2 ketuhar yg dah lama. Jadi byk2lah bereksperimen utk memahami kerenah ketuhar anda. Jika membakar lebih drpd 1 kek didlm ketuhar, hendaklah dialihkan kedudukannya supaya ia masak dgn sempurna.
  3. Bila membakar kek, letakkan di tengah-tengah ketuhar melainkan resepi menyatakan sebaliknya.
  4. Ketuhar hendaklah dipanaskan selama 15-20 minit sebelum kek dibakar.
  5. Jangan memukul adunan terlalu lama. Apabila memasukkan tepung kedalam adunan mentega, adunkan tepung sehingga sebati shj.
  6. Utk mendapatkan kek yg ringan & gebu, telur hendaklah dipukul sehingga pekat & berkrim
  7. Penting utk diingatkan, mentega mestilah pada suhu bilik. Kalo x, anda x kan mendapat kek yg ringan & gebu.
  8. Utk memastikan kek sudah masak, gunakan kayu/lidi yg dicucukkan ditengah2 kek & pastikan ianya bersih apabila ditarik keluar. Pastikan juga bhg tepi kek x melekat pd acuan & bila ditekan, kek terasa gebu.
  9. Apabila kek sedang dibakar, jangan membuka pintu ketuhar sebelum 3/4 masa membakar (dlm 30 minit ) kerana angin yg berlainan suhu akan membuatkan kek mendap ditengahnya.
  10. Kalo kek anda menguning dgn cepat, tutup bhg atas kek dgn kertas minyak pd penghujung waktu membakar.

Credit to: Chef Wan

1 comment:

  1. nnt cikizz citer pasal resepi kek plak. huuuu... mmg cikizz suke buat kek nih. tp org dlm rumah ni dah muak mkn kek yg cikizz buat.hahaha...maklumlah, passionate sgt dok buat kek

    ReplyDelete